background cover of music playing
Pandang Pandang, Jeling Jeling - SM Salim

Pandang Pandang, Jeling Jeling

SM Salim

00:00

05:10

Similar recommendations

Lyric

Cincin intan bunga selasih

Mari dipakai di waktu petang

Kenapa tuan tak mahu berkasih

Adakah orang akan melarang

Kain sarung kain terendak

Memanglah manis kalau dipakai

Kalau takut dilambung ombak

Jangan berumah di tepi pantai

(korus 1)

SMS & SN:

Menjeling menjeling kubertentang

Mata kita sama memandang

Kucuba kucuba nak bertanya

Siapa diakah namanya

(korus 2)

SMS & SN:

Menjeling menjeling kubertentang

Mata kita sama memandang

Bercakap bertanya dan bermesra

Jangan sampai datang rumah

Tuai padi musim dah tiba

Mari menuai di waktu pagi

Kalau begini malang menimpa

Biar kuturut kata hati

Bunga selasih permainan budak

Daun sehelai dimakan kuda

Bercerai kasih bertalak tidak

Seribu tahun bertemu juga

(ulang korus1 & 2)

Kereta kuda pedati lembu

Singgah mari di tepi kuala

Tuan sutera saya belacu

Mana 'kan boleh berganding sama

Burung jelatik sarang kedidi

Sarang tempua sarang berjuntai

Sungguhpun cantik sutera diuji

Belacu juga tahan dipakai

(ulang korus1 & 2)

- It's already the end -